OnePlus Akan Menggantikan Suis Lungsur Dengan Butang Aksi Seakan iPhone
Fahim Zahar
Apple adalah yang terawal mempopularkan suis lungsur pada telefon pintar untuk mengawal notifikasi dari nada dering berbunyi ke bergetar atau bisu. Untuk peranti Android, OnePlus yang mempopularkannya dan OnePlus mungkin sudah menyedari yang masa sudah tiba untuk mereka bertukar ke butang fizikal tambahan.

Digital Chat Station selaku peniris terkenal berkongsi yang suis lungsur pada peranti Oppo atau OnePlus akan digantikan dengan butang fizikal baharu. Butang ini dikatakan adalah Magic Cube Key yang berfungsi seakan Action Button pada iPhone 15 dan ke atas. Magic Cube Key ini adalah butang yang boleh ditekan dan tahan untuk mengawal bunyi notifikasi atau tekan untuk menyalakan lampu suluh atau melancarkan aplikasi kegemaran lain.

Buat masa ini masih tidak tahu peranti mana akan menggunakan butang aksi ini. Ia mungkin akan digunakan pada peranti kelas pertengahan premium sebagai eksperimen terlebih dahulu sebelum digunakan pada peranti mercu utama. Sama-sama kita nantikan.
[sumber] Weibo – Digital Chat Station [/sumber]