Vivo secara rasminya memperkenalkan V50 baharu yang direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi potret mudah alih. Ia menampilkan sistem potret dengan kerjasama ZEISS dan bateri besar yang dimuatkan dalam rekaan tubuh serba nipis setebal hanya 7.39mm.

Berkongsi lebih lanjut Vivo V50 boleh didapati dalam pilihan warna Titanium Grey, Starry Night dan Rose Red. Ia juga melepasi kalis air IP69 yang boleh bertahan semburan air bertekanan tinggi di samping IP68 yang menambah lagi ketahanan airnya. Skrin adalah sebesar 6.77-inci AMOLED yang beresolusi FHD+ (2392 × 1080 pixels) dan kadar segar semula 120Hz.

Tunjang utamanya dikuasai oleh cip Snapdragon 7 Gen 3 bersama padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Bateri 6000mAh lebih besar yang digunakan boleh dicas melalui port USB-C dan sistem pengecasan 90W FlashCharge. Selain itu mempunyai dwi-kamera ZEISS 50MP dengan OIS bersama kamera hadapan 50MP. AI Studio Light Portrait 2.0 turut dinaiktaraf untuk pencahayaan berkualiti studio yang lebih terang khususnya dalam scenario pencahayaan malap.

V50 menjalankan FuntouchOS 15 dengan Android 15 yang menawarkan ciri berasaskan AI. Antaranya seperti Circle to Search, Live Call Translation, Transcript Assist dan Eraser 2.0. Vivo turut menjanjikan kemaskini Android selama tiga tahun dan sekuriti empat tahun pada peranti baharu ini. Harga jualan rasmi bermula INR34,999 (~RM1,784) (8/12GB), INR 36,999 (~RM1,886) (8/256GB) dan INR40,999 (~RM2,089) (12/512GB).