Integrasi Windows pada peranti Android sudahpun wujud sejak 2018 menerusi Phone Link. Integrasi dengan macOS pula pada waktu ini masih terhad kepada peranti Apple sahaja. Tetapi Oppo telah mengacah ciri mengakses komputer macOS terus daripada sebuah Find N5.

Menerusi imej dan video yang dikongsi di China, pemilik Find N5 boleh mengakses komputer macOS menggunakan aplikasi Oppo Office Assistant. Apabila mengakses macOS, Find N5 boleh dilipat dalam mod komputer riba dengan satu skrin menujukan antaramuka komputer dan sebelah lagi skrin menjadi papan kekunci.
Bagaimana ini dilakukan masih lagi misteri tetapi pasti akan diumumkan pada hari pelancarannya pada 20 Februari ini. Beberapa imej acah sebelum ini telahpun mengesahkan Find N5 akan menjadi antara peranti skrin lipat paling nipis di dunia.