Peranti Mercu Kompak OnePlus Mungkin Memuatkan Bateri 6000mAh
Fahim Zahar
Sejak vivo X200 Mini dilancarkan, terdapat khabar yang dua lagi jenama di bawah BBK Electronics iaitu Oppo dan OnePlus turut akan menawarkan peranti mercu kompak tersendiri. Peranti ini dikatakan adalah Find X8 Mini atau OnePlus 13 Mini. Terbaru, butiran bateri peranti telah didedahkan.
Untuk sebuah peranti yang dikatakan akan menggunakan skrin sebesar 6.3-inci dan di dalam tubuh yang kecil dan kompak, saiz bateri 6000mAh adalah sangat besar dan menarik. Malah, ini adalah saiz yang lebih besar berbanding Samsung Galaxy S25 Ultra yang hanya menggunakan bateri sebesar 5000mAh. Tidak lupa juga yang Oppo dan OnePlus mungkin akan kekal menyokong pengecasna pantas SuperVOOC mereka.

Kamera dikatakan adalah 50+50 Megapixel seakan Nothing dengan sensor sudut lebar dan zum telefoto melalui rekaan palang kamera seakan Pixel 9. Cip dikatakan adalah Snapdragon 8 Elite, tubuh akan menggunakan rekaan skrin bezel nipis dengan bahan binaan kaca dan besi. Sama-sama kita nantikan.
[sumber] Weibo – Digital Chat Station [/sumber]
