Huawei Mate XT Ultimate Design membuat kemunculan sulungnya dalam pasaran global bermula di Malaysia pada hari ini. Mate XT telah mendapat perharian ramai kerana teknologinya yang boleh dilipat sebanyak tiga kali lalu berubah daripada bentuk telefon biasa menjadi paparan lebih besar. Ia juga nipis dengan ketebalan 12.8mm apabila dilipat dan 3.6mm lebih nipis dibuka.


Untuk spesifikasi, Mate XT Ultimate Design menggunakan panel OLED 10.2-inci (2232×3184 piksel) 90Hz besar yang bersamaan dengan sebuah tablet bersaiz penuh. Apabila dibuka dalam mod dua tetingkat pula menjadikannya mempunyai skrin 7.9-inci dengan resolusi 2232×2048 piksel. Manakala sewaktu dilipat sepenuhnya, Mate XT boleh berfungsi sebagai telefon pintar biasa dengan paparan sebesar 6.4-inci dan beresolusi 2232×3184 piksel.




Seperti biasa Huawei tidak mendedahkan pemprosesan namun menawarkan padanan memori sebesar 16GB RAM dengan storan dalaman sebesar 1TB. Mate XT Ultimate Design mempunyai kamera utama 50MP dengan aperature berubah-ubah diantara f/1.4 hingga f/4.0. Ini dipadankan dengan kamera ultra sudut lebar 12MP dan telefoto periskop 12MP yang menawarkan zum optikal 5.5X. Peranti ini turut mempunyai kamera hadapan 8MP dengan autofokus terbina. Skrin yang lebih besar memerlukan lebih banyak kuasa dan Mate XT dibekalkan bateri 5,600mAh yang dibahagikan kepada tiga segmen bahagian.




Ia menyokong port USB-C dan boleh dicas dengan pantas sehingga 66W secara berwayar dan nirwayar 50W. Mate XT Ultimate Design boleh boleh didapati melalui pra tempahan di Malaysia dengan tanda harga RM14,999 sebuah.