Sokongan pengecasan pantas pada peranti mercu Samsung sedikit mengelirukan dan untuk sesetengah pengguna ia mungkin rumit. Samsung menggunakan piawaian Super Fast Charging melalui pengecas Adaptive Fast Charging yang menggunakan teknologi USB Power Delivery Programmable Power Supply. Terbaru, sejumlah pengguna Galaxy S25 melaporkan masalah peranti dicas pada kadar yang sangat perlahan.

Isu ini dilihat berpihak kepada Samsung sendiri, kerana pengguna yang melaporkan masalah telah menggunakan pengecas rasmi 45W oleh Samsung. Malah menggunakan pengecas yang melepasi piawaian sepatutnya turut tidak boleh dicas dengan pantas. Masalah berlaku apabila bateri peranti berada pada kadar 5% dan ketika pada kadar 60% ke 70%.
Samsung menyedari akan isu ini dan turut mengingatkan pengguna untuk menggunakan kabel dengab kuasa 5A bukannya 3A yang diberikan di dalam kotak. Masalah pengecasan perlahan ini turut akan dibaiki dalam kemas kini perisian akan datang. Sepanjang saya menggunakan Galaxy S25+, masih tiada sebarang masalah pengecasan berlaku. Anda pula bagaimana?