Microsoft Beli Tanah Di Johor Seluas 138 Ekar
February 18, 2025
Microsoft
Aman
Microsoft menambah pembelian tanah di Johor, dimana kini mereka membeli tanah seluas 138.532 ekar di Eco Business Park 1, Iskandar Malaysia. Microsoft membayar RM693.96 juta untuk pembelian tanah ini.
Pembelian ini hadir lanjutan daripada pembelian tanah seluas 123.141 ekar di Eco Business Park VI, Iskandar Malaysia sebelum ini, yang digunakan untuk pembangunan pusat data.
Tujuan pembelian tanah baharu ini masih tidak dinyatakan lagi oleh Microsoft, tetapi ia disasarkan untuk pembangunan pusat data dan yang berkaitan dengannya. Ini juga selari dengan kepesatan pembangunan teknologi, selain permintaan tinggi untuk tanah pembangunan pusat data di Johor.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.