Carian
Nokia 3310 Diubahsuai Untuk Menggunakan USB-C
February 18, 2025 Effi Saharudin

Kami mempunyai koleksi ratusan telefon pintar dan telefon selular di Amanz. Antara isu yang dihadapi ialah mencari kabel pengecas untuk peranti yang sudah agak berusia seperti Nokia 3310 asal dari tahun 2020. Oleh itu Andrea Salvatori, seorang YouTuber dari Itali telah mengubahsuai sebuah Nokia 3310 untuk menggunakan pengecas USB-C.

Menerusi kit yang dihasilkan sendiri oleh beliau, bahagian pengecas boleh digantikan dengan hanya membuka beberapa skru dan menukar modul pengecasan. Peranti kini boleh dicas menggunakan USB-C dengan voltan 5V. Menyedari masih terdapat ramai peminat Nokia 3310 asal, Salvatori kini menjual kit ubahsuai port pengecasan ini pada harga €25 (~RM 116) sebuah.

Memang agak mahal tetapi jika ia akan membolehkan pengecas peranti moden digunakan untuk mengecas peranti klasik, ia adalah pelaburan yang berbaloi. Kit pertukaran port pengecas ini boleh dipesan menerusi laman di bawah.

Komen