Carian
xAI Milik Elon Musk Melancarkan Grok-3 – Model AI Terbaru Yang Mengatasi Pelbagai Model AI Lain
February 18, 2025 Aman

Elon Musk hari ini melalui syarikat memfokuskan kecerdasan buatan xAI telah pun melancarkan model AI terbaru, iaitu Grok-3. Model ini dilatih dengan kuasa pemprosesan 10 kali ganda lebih tinggi berbanding Grok-2 sebelum ini, selain turut menerajui pelbagai ujian penanda aras, dan mengalahkan model-model lain, termasuk GPT-4o.

Beberapa model akan ditawarkan melalui siri Grok-3, termasuk Grok-3 Mini. Sokongan penaakulan turut hadir bersama Grok 3 dinamakan Grok 3 Reasoning, membolehkan ia menawarkan jawapan lebih baik untuk soalan matematik, fizik, biologi dan juga kimia. Model berbentuk penaakulan juga akan melakukan semakan semula sebelum memberikan jawapan, sekaligus mengelak berlakunya halusinasi dalam jawapan.

Grok juga dijangka akan menambah mod suara dalam masa terdekat, memudahkan pengguna berinteraksi dengannya melalui perbualan suara tanpa perlu taip teks.

Walaubagaimanapun, sokongan penaakulan hanya ditawarkan melalui aplikasi Grok sahaja, yang mana masih belum ditawarkan untuk pasaran tempatan lagi. Pelanggan X Premium+ akan menerima akses kepada Grok 3 terlebih dahulu berbanding pengguna lain. Pada masa yang sama juga, pelan langganan SuperGrok diumumkan pada harga $30 sebulan.

Bersama-sama pengumuman ini juga, laman Grok.com turut telah aktif untuk digunakan semua.

Komen