Carian
Huawei MatePad Pro 13.2” Baharu Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM4,999
February 18, 2025 Amy Maizuraa

Produk seterusnya yang dilancarkan pada hari ini adalah Huawei MatePad Pro 13.2” baharu. Ia merupakan sebuah tablet sebesar 13.2-inci dengan kemampuan produktiviti semua dalam satu yang menyokong stylus dan papan kekunci. Malahan menawarkan penggunaan kandungan yang cekap dalam sebuah peranti berukuran 5.5mm yang nipis.

Untuk spesifikasi tablet ini menggunakan skrin berukuran 13.2-inci dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display yang besar. Ia juga mempunyai kecerahan puncak maksimum yang tinggi dan diperakui oleh TÜV Rheinland untuk Eye Comfort 3.0. Sementara itu resolusi tertinggi pula pada 2880 x 1920 piksel, dengan nisbah skrin-ke-badan 94%.

Tiada butiran mengenai cip pemprosesan namun tablet ini menawarkan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bersama-sama dengan terdapat dua kamera di belakang sebesar 13MP (f/1.8) + 8MP ultra lebar (f/2.2) dan swafoto sebesar 16MP di hadapan. Kamera juga boleh merakam video sehingga 4K30FPS, manakala swafoto terhad kepada video 1080P30FPS.

MatePad Pro 13.2-inci juga serasi dengan Huawei M-Pencil generasi ke-3 yang menyokomg sambungan Nearlink untuk kependaman lebih rendah pada tablet. Selain itu terdapat juga papan kekunci magnetic yang boleh digunakan menjadikan tablet boleh diubah menjadi mirip sebuah komputer riba. Pada masa yang sama disertakan juga dengan perisian PC-Level WPS Office Bundle secara percuma.

Bateri 10,100mAh digunakan pula boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 100W. MatePad Pro 13.2” baharu dijual di Malaysia pada RM4,999 dengan pemberian hadiah bernilai RM2,744 secara percuma untuk masa terhad.

Komen