Honor kini mengumumkan penyertaan mereka pada acara MWC (Mobile World Congress) pada awal Mac 2025 ini, dimana mereka akan berkongsi beberapa perkara, dan menjadi salah satu fokus utama adalah Honor Alpha Plan.

Info penuh berkenaan dengan Honor Alpha Plan ini masih samar-samar lagi. Daripada perkongsian awal, Honor dilihat akan memfokuskan kepada keupayaan kecerdasan buatan mereka tersendiri, Honor AI.

Honor juga dijangka berkongsi lanjut dengan visi korporat mereka, termasuk perancangan ekosistem kecerdasan buatan mereka melalui acara sama. Sama-sama kita nantikan 2 Mac 2025 ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh Honor ini.