Carian
Aplikasi Gemini Kelak Akan Menyokong Ciri Menjana Video Dengan Google Veo
February 19, 2025 Fahim Zahar

Google telah pun memperkenalkan ciri menjana video dengan teknologi AI generatif mereka Veo untuk YouTube Shorts. Akan datang, Google dilihat mungkin akan membawakan ciri lebih kurang sama terus ke aplikasi Gemini untuk telefon pintar.

Menurut Android Authority, dalam kod yang mereka temui pada aplikasi Google ada petanda mengenai ciri ini akan disertakan. Misalnya penggunaan terma videogen, video generation, “Working ……”, “We will notify you when it’s ready”, dan beberapa yang lain. Memandangkan aplikasi Google adalah teras kepada aplikasi Gemini untuk peranti Android, ciri ini mungkin akan disertakan dalam Gemini. Pengguna mungkin boleh menaip prom untuk menjana video ringkas seperti Sora oleh OpenAI.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai kehadiran ciri ini nanti.

Komen