Carian
Pengeluaran Memori DDR3 Dan DDR4 Mungkin Akan Dihentikan Pada Tahun Ini
February 19, 2025 Nazrin

Dunia teknologi, khususnya untuk kelas komputer dan peranti pintar secara rata-rata telah beralih sepenuhnya ke menggunakan memori DDR5 yang terbaru. Dan oleh kerana ini, terdapat ura-ura yang kini tiba mengatakan bahawa pengeluaran memori DDR3 dan DDR4 akan dihentikan pada tahun ini.

Laporan dari dan Digitimes mengatakan bahawa syarikat-syarikat pengeluar cip seperti Samsung, SK Hynix, Micron, dan sebagainya kini memperlihatkan penurunan dari segi permintaan untuk cip-cip memori ini, manakala permintaan untuk cip memori DDR5 dan juga HBM (High Bandwidth Memory) pula semakin meningkat.

Ia dijangka bahawa syarikat-syarikat seperti ini akan mula mengurangkan pengeluaran khususnya untuk memori DDR3, yang diperkenalkan sejak tahun 2007. Ia dijangka bahawa pengeluaran untuk memori-memori ini akan diperlahankan, dan kemudiannya dihentikan secara terus pada penghujung tahun ini.

Perkara ini dilihat masih lagi sebagai satu ura-ura kerana memori DDR4 masih lagi banyak digunakan khususnya oleh pemilik-pemilik komputer biasa yang masih lagi menggunakan binaan dengan papan induk AMD AM4 ataupun Intel Z890 dan B860. Komponen-komponen ini juga masih lagi dijual secara meluas, dan ia agak aneh sekiranya pengeluaran untuk memori tersebut dihentikan dengan mengejut.

Untuk memori DDR3 pula, ia tidak mengejutkan sekiranya pengeluarannya dihentikan pada tahun ini kerana ia merupakan teknologi legasi yang hanya digunakan syarikat ataupun perniagaan yang belum menaiktarafkan sistem mereka untuk sekitar 10 tahun.

Komen