ASUS Vivobook 14/16 Kini Mempunyai Pilihan Cip Siri Snapdragon X, AMD Ryzen AI – Harga Bermula RM2,999
Fahim Zahar
Di acara hari ini, ASUS Malaysia turut melancarkan siri Vivobook 14/16 baharu mereka yang kini menawarkan dua keluarga cip pemprosesan. Pengguna kini terdapat pilihan sama ada ingin cip siri Snapdragon X Elite dan AMD Ryzen 7 AI untuk sokongan ciri kecerdasan buatan generatif Copilot+ PC.

Menurut ASUS siri Vivobook baharu ini adalah laptop kelas pertengahan premium dengan kemampuan AI yang berkuasa. Ia hanya menawarkan dua piihan saiz skrin iaitu 14-inci atau 16-inci, dengan rekaan dan bahan binaan tahan lasak, skrin adalah jenis IPS FHD, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan mencapai 1TB. Ia menawarkan akses kepada ciri AI ASUS StoryCube, ciri-ciri Microsoft Copilot dan menjamin ketahanan bateri sepanjang hari.

Untuk pasaran Malaysia, setiap Vivobook 14/16 ini akan ada dua pilihan konfigurasi sahaja iaitu sama ada saiz 14-inci atau 16-inci dengan cip sama ada Snapdragon X atau AMD Ryzen 7 AI.

Kemudian dengan setiap pembelian, langganan 1 tahun Microsoft 365 Basic, Microsoft Office Home & Student, 1 tahun langganan McAfee dan beg galas. Harga jualan adalah RM2,990 untuk Snapdragon X dan RM3,499 untuk AMD Ryzen 7 AI.


Jualan laptop ini akan bermula pada 7 Mac dan hadiah percuma akan diberikan selagi stok masih ada.