Carian
ASUS Zenbook DUO Baharu Dengan Dwi-Skrin OLED Akan Boleh Dibeli Pada Harga RM11,999
February 19, 2025 Fahim Zahar

Jika anda yang tidak berminat dengan laptop Snapdragon atau AMD, ASUS Malaysia hari ini turut mengumumkan yang mereka turut akan menjual Zenbook DUO baharu dengan dua skrin OLED yang dijana cip Intel Core Ultra series 2. Laptop generasi baharu ini tidak lagi menggunakan rekaan seakan skrin Touch Bar besar tetapi adalah dua skrin penuh.

Laptop ini menggunakan rekaan yang sangat nipis dengan papan kekunci magnetik terbina. Ia boleh ditanggalkan untuk hanyan menggunakan dua skrin penuh seakan tablet gergasi yang menjalankan Windows.

Pada panel belakang laptop turut terdapat kaki untuk berdiri sendiri, dan ASUS turut menyertakan banyak port sambungan untuk melengkapkan pengalaman penggunaan profesional.

Laptop dwi-skrin ini turut menerima pengiktirafan Copilot+ PC dengan cip Intel Core Ultra 9 Series 2 yang dipadankan dengan memori 32GB RAM da storan dalaman 2TB SSD.

Laptop ini akan dijual pada bulan Mac nanti dengan harga RM11,999 dengan hadiah percuma sama dengan siri Vivobook 14/16 baharu dan Zenbook A14. Jualan hanya akan bermula pada hujung Mac nanti

Komen