Carian
Edifier LolliClip Earbuds Ialah Fon Telinga Terbuka Dengan Fungsi Pemantauan Kesihatan
February 19, 2025 Amy Maizuraa

Fon telinga terbuka membolehkan pengguna peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Tetapi masih boleh menapis hingar dan tingkatkan kejelasan audio melalui teknologi pembatalan hingar aktif atau adaptif terbina.

Terbaharu Edifier LolliClip dilancarkan dengan rekaan terbuka berjenis subang seperti Huawei FreeClip. Ia juga dilengkapi pembatalan hingar adaptif dan Audio Spatial 360° dengan penjejakan kepala masa nyata. Sepasang pemandu audio 13mm yang diperbuat daripada diafragma bersalut titanium digunakan. Setiap satu juga dilengkapi tiga mikrofon terbina dengan algoritma AI untuk kualiti panggilan suara lebih jelas.

Tambatan pantas boleh dibuat melalui bluetooth 5.4 dan menyokong sambungan dua peranti secara serentak. Penggunaan bersama aplikasi EDIFIER ConneX disarankan untuk pengalaman lebih baik dan kawalan yang turut boleh disesuaikan. Selain itu menawarkan fungsi pemantauan kesihatan seperti kadar degupan jantung, oksigen dalam darah dan banyak lagi.

Bateri disertakan boleh berfungsi maksimum 39 jam dengan bantuan pod pengecas. Pengecasan pantas Selema 15 minit menyediakan 3 jam masa main balik audio. Edifier LolliClip Earbuds dijual dengan harga $129.99 (~RM577) sebuah.

Komen