Instagram sebentar tadi telah dikemaskini dengan ciri baharu, iaitu kongsi pelekat muzik pada Direct Message (DM) di Instagram. Bersama-sama dengannya adalah ciri menjadualkan mesej, pin mesej dan menterjemah mesej.

Menurut Mark Zuckerberg di saluran IG beliau, ciri penterjemahan ini menyokong sehingga 99 bahasa berbeza. Dalam cubaan kami, ia turut menyokong Bahasa Melayu. Kemudian setiap mesej sebelum tekan hantar, ikon boleh ditekan dan tahan untuk menjadualkan mesej.

Untuk perkongsian pelekat, Instagram kini menambah pelekat muzik mengembangkan sokongan perkongsian muzik selepas muzik boleh ditambah pada Status WhatsApp. Akhir sekali, Instagram turut kini membenarkan pengguna untuk menyemat (pin) mesej di atas.

Dalam semakan kami, ciri ini diaktifkan dari bahagian pelayan tanpa perlu mengemaskini aplikasi di gedung aplikasi. Anda boleh semak aplikasi Instagram di iOS dan Android bermula hari ini.