Apple iPhone 16e adalah model iPhone 16 paling mampu milik. Pengganti kepada iPhone SE ini akhirnya menggunakan rekaan moden yang segi empat dan rata, kali pertama menggunakan modem tersendiri iaitu Apple C1, menyokong Face ID, Apple Intelligence dan juga Action Button. Satu ciri yang tidak disertakan Apple adalah MagSafe.

Ya, iPhone 16e tidak menyokong MagSafe. Ini adalah trend yang sama berlaku pada iPhone SE 2022. Walaupun begitu, sokongan pengecasan nirwayar Qi 7.5W masih dikekalkan. Turut mengecewakan adalah Apple tidak menyertakan sokongan Qi2 Ready, yang boleh membenarkan ciri Qi2 atau MagSafe diaktifkan dengan kerangka yang mempunyai lingkaran magnet terbina.
Jika anda berminat, iPhone 16e dijual pada harga RM2999 untuk 128GB, RM3499 untuk 256GB dan RM4499 untuk 512GB. Pra-tempahan boleh dilakukan bermula 21 Februari 2025, dengan jualan akan bermula pada 28 Februari 2025.