Carian
Google Career Dreamer Bantu Pengguna Membuat Carian Pekerjaan Dengan Mudah
February 20, 2025 Amy Maizuraa

Google kini menawarkan fungsi berasaskan AI baharu yang direka untuk memudahkan proses carian pekerjaan bagi pengguna. Dikenali sebagai Career Dreamer, fungsi ni menjadikan proses carian pekerjaan yang sesuai lebih mudah dengan menyediakan pelbagai pilihan jawatan kosong yang boleh diakses pada bila-bila masa.

Career Dreamer juga menggunakan AI bagi membantu pengguna meneroka pelbagai kerjaya dengan lebih mendalam. AI berkenaan turut membolehkan bantu pengguna memahami keperluan sesuatu pekerjaan dengan lebih jelas, lalu menjadikan proses carian berkenaan lebih menarik. Bagaimana Career Dreamer berfungsi? Ia menggunakan AI untuk menjana maklumat berdasarkan data pasaran buruh semasa, dan maklumat peribadi yang diberikan.

Dengan cara ini, ia boleh mencipta satu identiti kerjaya yang menonjol berdasarkan maklumat berkenaan, lalu menjadikannya sesuai digunakan dalam resume atau perbincangan sewaktu temuduga. Ia kemudian dapat mencadangkan laluan kerjaya yang sesuai dengan latar belakang pengguna. Dengan Gemini AI, ia dapat bantu pengguna merangka resume dengan baik untuk peluang kerjaya lebih cerah. Career Dreamer bagaimanapun hanya tersedia di Amerika Syarikat pada masa ini.

Komen