Cari @ Amanz

Aplikasi Grok Untuk iPhone Kini Boleh Dimuat-turun Pengguna Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

xAI, syarikat memfokuskan kecerdasan buatan dibawah Elon Musk telah pun memperkenalkan aplikasi Grok secara terhad ke beberapa buah negara sebelum ini. Kini, ia turut diperluaskan untuk pengguna tempatan, dimana pengguna iPhone sudah boleh memuat-turun dan menggunakan Grok pada peranti masing-masing.

Grok menawarkan sokongan lebih kurang seperti ChatGPT, membolehkan anda bertanyakan pelbagai perkara dan menerima jawapan terus melaluinya. Pengguna juga turut boleh menjana imej menggunakan Grok. Salah satu kelebihan pada Grok adalah ia turut dilatih menggunakan data masa-nyata daripada X, sekaligus memberikan konteks semasa lebih baik.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat-turun Grok hari ini pada peranti anda. Pihak xAI masih belum menawarkannya untuk pengguna Android buat masa ini.


Komen ()