Carian
KoToR dan KoToR II Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store
February 21, 2025 Effi Saharudin

Adakah anda bersedia untuk kembali ke Old Republic? Sekiranya ya anda kini boleh melakukannya secara percuma kerana Star Wars: Knights of the Old Republic and Star Wars: Knights of the Old Republic II versi Android serta iOS kini ditawarkan percuma menerusi Epic Games Store.

Kedua-dua permainan klasik Star Wars ini sebelum ini masing-masing dijual pada harga RM19.99 dan RM29.99. Anda boleh memasukkan KoTor dan KoTor 2 ke dalam pustaka permainan Android bermula hari ini sehingga 20 Mac 2025. Harus diingatkan Epic Games Store tidak boleh dimuat turun menerusi Play Store ataupun App Store.

Untuk pengguna Android sila pergi ke pautan di bawah untuk memuat turun APK terus daripada Epic Games. Bagi pengguna iOS pula, Epic Games Store hanya boleh dipasang pada peranti penduduk EU sahaja menerus stor pihak ketiga.

Komen