Carian
Spotify Bekerjasama Dengan ElevenLabs Untuk Buku Audio Yang Disampaikan Hos AI
February 21, 2025 Fahim Zahar

Spotify baru-baru ini mengembangkan lagi penawaran buku audio mereka. Kali ini mereka bekerjasama dengan ElevenLabs pula untuk menyertakan koleksi buku audio yang dibaca dan/atau disampaikan oleh hos AI. ElevenLabs sedia terkenal sebagai penyedia perkhidmatan suara AI.

Dengan kerjasama ini, sesetengah buku audio boleh mempunyai sehingga 29 pilihan bahasa berbeza. Buku yang akan dibaca oleh hos AI ini adalah buku yang diedarkan oleh Findaway Voices. Spotify turut mempunyai peraturan ketat untuk kandungan dijana AI dan setiap buku audio akan melalui proses semakan sebelum diluluskan. Ini adalah sama seperti kerjasama mereka dengan Google Play Books sebelum ini.

Spotify turut sebelum ini menawarkan podsiar AI mengenai Wrapped 2024 pengguna yang dijana oleh Google NotebookLM. Penawaran buku audio Spotify buat masa ini masih belum ada di Malaysia lagi. Sama-sama kita nantikan.

Komen