Beberapa hari lepas, Nothing telah berkongsi video membandingkan salah satu peranti Nothing Phone (3a) mereka dengan iPhone 16 Pro Max. Peranti kelas pertengahan baru Nothing ini dilihat mempunyai kemampuan kamera yang menakjubkan berbanding sebuah peranti mercu yang mahal. Selepas video it dikongsi, Nothing dikecam kerana salah menggunakan mod kamera untuk perbandingan.

Disebabkan perkara ini, ramai pengguna meninggalkan komen rasa tidak berpuas hati dan tidak adil dalam perbandingan sebegini. Wakil Nothing dilihat menggunakan mod kamera 1x pada Phone (3a) untuk rakaman video, sementara mod 0.5x pada iPhone 16 Pro Max. Perkara ini menyebabkan kualiti video Nothing kelihatan lebih cantik berbanding iPhone.
Selepas menyedari perkara ini, Nothing mengeluarkan kenyataan meminta maaf kerana sedar mereka salah dalam suntingan video yang diterbit. Mereka mendakwa tersalah memilih fail video kerana telah menguji semua mod kamera. Lebih memalukan adalah selepas pelancaran iPhone 16e, Nothing mengejek Apple mengenai kamera mereka.
Apa-apa pun, hasil gambar yang diperlihatkan nampak berkualiti dan anda boleh menilainya sendiri melalui pautan Google Drive ini.