Carian
Vivo Y29 Dan Y39 Akan Ke Pasaran Malaysia
February 21, 2025 Amy Maizuraa

Vivo menerusi kenyataan rasmi pada hari ini memaklumkan baharu dua telefon baharu dalam siri Y akan ke pasaran Malaysia. Ianya dikenali sebagai Vivo Y29 dan Vivo Y39 dengan perbezaan ketara melalui penggunaan elemen reka bentuk. Model Y29 menampilkan bonggol kamera segi empat, sementara itu Y39 pula menggunakan bonggol kamera berbentuk bulat yang besar. Kedua-duanya turut ditemui tersenarai di laman web rasmi bersama spesifikasi penuh.

Vivo Y29 menggunakan skrin LCD HD+ sebesar 6.68-inci. Ia dijana dengan cip Snapdragon 685 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Pada masa sama menjalankan FunTouch OS 15 berasaskan Android 15 untuk ciri berasaskan AI. Bateri 6500mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 44W. Selain itu mempunyai kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto sebesar 8MP.

Vivo Y39 pula menawarkan skrin LCD HD+ sebesar 6.68-inci. Cip Snapdragon 4 Gen 2, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB digunakan sebagai tunjang utama. Selain itu menjalankan perisian FunTouch OS 15 berasaskan Android 15 untuk ciri berasaskan AI terbina. Bateri 6500mAh disertakan boleh dicas melalui pengecasan pantas 44W dan port USB-C. Kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP juga melengkapi peranti baharu ini.

Vivo Y29 disenaraikan dengan harga bernilai RM799 sebuah, sementara itu Y39 pula masih menjadi misteri yang hanya diketahui pada 27 Februari 2025.

Komen