Carian
Razer Viper V3 Pro Menerima Kemaskini Edisi Faker – Berharga RM859
February 21, 2025 Nazrin

Razer telah melancarkan tetikus gaming profesional Razer Viper V3 Pro pada tahun lepas, dan ia kini dilihat sebagai salah satu daripada tetikus gaming yang sangat digemari oleh gamer-gamer profesional yang memasuki pelbagai jenis pertandingan permainan komputer.

Faker ialah satu nama yang pastinya sangat dikenali sekiranya anda mengikuti perkembangan dunia pemain profesional untuk permainan komputer League of Legends. Faker merupakan seorang pemain untuk pasukan e-sukan T1, dan merupakan tonggak utama pasukan tersebut dalam memenangi pertandingan seperti League of Legends World Championships dan Esports World Cup pada tahun lepas.

Terkini, Razer telah memperkenalkan tetikus Razer Viper V3 Pro Faker Edition yang memperlihatkan rekaan berwarna merah dan hitam, jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan berbanding sebelum ini. Ia dilihat hadir dengan corak yang lebih agresif, dan memperlihatkan tandatangan beliau.

Razer Viper V3 Pro ialah sebuah tetikus yang dilengkapi Razer Focus Pro 35K Optical Sensor Gen-2 baharu dengan kejituan resolusi mencapai 99.8%. Suis optikal serba baharu pada butang klik pula mampu mengesan input dalam masa 0.4ms dan telah diuji untuk beroperasi sehingga 90 juta kali. Selain turut menyokong Razer HyperPollling Wireless Dongle untuk pengalaman permainan lebih lancar bersama latensi rendah.

Sebelum ini, tetikus Razer Viper V3 Pro dijual pada harga RM829 di pasaran tempatan, tetapi untuk penawaran edisi Faker ini, harganya dilihat naik sedikit kepada RM859.

Komen