Carian
Ciri AI Menjana Senarai Main YouTube Music Kini Menyokong Bahasa Melayu
February 21, 2025 Fahim Zahar

Tahun lepas, YouTube Music menambah pelbagai ciri AI untuk meningkatkan pengalaman penstriman muzik di platform mereka. Salah satu ciri yang menarik adalah Ask Music, di mana pengguna boleh menjana senarai main dengan hanya masukkan kata kunci atau menjelaskan jenis muzik yang dimahukan. Kini ciri ini telah dikemaskini untuk lebih mudah digunakan.

Bukan itu sahaja, dalam cubaan saya sebentar tadi – YouTube Music turut menambah sokongan memasukkan prom atau kata kunci dalam Bahasa Melayu. Saya hanya menaip “melayu, tenang, klasik, moden” dan “lagu melayu klasik yang menggamit kenangan”, Ask Music boleh menjana senarai main yang menyertakan puluhan lagu-lagu klasik Melayu.

Senarai main ini kemudiannya boleh disimpan dan terus dikongsi dengan rakan. Ask Music adalah ciri alternatif kepada DJ AI oleh Spotify yang turut melakukan ciri yang sama, cuma DJ ini yang mengumpulkan muzik mengikut minat pengguna.

Komen