Carian
Infinix Note 50 Bakal Dilancarkan Pada Awal Mac – Mungkin Hadir Bersama Integrasi DeepSeek
February 22, 2025 Aman

Infinix kini telah mula mengacah kehadiran telefon mereka yang seterusnya, iaitu Infinix Note 50. Melalui perkongsian yang dilakukan di Indonesia, Infinix menjadualkan pengenalan telefon pintar berkenaan pada 3 Mac 2025 kelak. Ia tidak diketahui lagi sama ada pengenalan untuk pasaran Malaysia akan berlaku dalam waktu lebih kurang sama atau sebaliknya.

Spesifikasi penuh untuk peranti ini masih tidak diketahui lagi sepenuhnya. Namun, hadir laporan awal mengatakan Infinix akan menyertakan sokongan integrasi kecerdasan buatan bersama dengannya, termasuk kemungkinan mengintegrasikan DeepSeek R1 bersama-sama dengannya.

Pengguna dikatakan boleh mengakses sokongan kecerdasan buatan ini dengan menekan butang kuasa atau melalui arahan berasaskan suara.

Infinix dijangka mungkin berkongsi lanjut berkenaan perkara ini seawal minggu akan datang ini, sebelum pelancaran rasmi pada 3 Mac 2025. Sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh Infinix ini.

Komen