Carian
Asus Hadir Dengan Tetikus Yang Menyertakan Ruangan Untuk Wangian Minyak Aromatik 
February 23, 2025 Aman

Asus kini hadir dengan sebuah produk unik, iaitu sebuah tetikus ergonomik yang turut hadir dengan ruang dalaman untuk wangian, dan boleh diisi semula dengan minyak aromatik.

Dinamakan sebagai Asus Fragrance Mouse, ia menawarkan ruangan pada bahagian bawah untuk diisi dengan minyak aromatik. Bahagian berkenaan juga boleh dikeluarkan dan dibasuh untuk diisi dengan minyak aromatik yang berbeza bau wanginya.

Selain itu, tetikus ini menawarkan sokongan yang biasa hadir bersama tetikus lain, termasuk sambungan nirwayar 2.4Ghz dan Bluetooth, selain kebolehan menyelaraskan tahap DPI kepada 1200dpi, 1600dpi dan 2400dpi. Asus mengatakan tetikus ini boleh bertahan sehingga 10 juta klik.

Buat masa ini, penawaran tetikus ini untuk pasaran tempatan masih belum diumumkan.

Komen