Carian
Apple Sedang Bangunkan Integrasi Google Gemini Pada Apple Intelligence
February 23, 2025 Aman

Apple pada tahun lepas telah mengumumkan Apple Intelligence, iaitu sokongan kecerdasan buatan yang diintegrasikan terus pada pelbagai peranti keluaran Apple. Ketika pengenalan, Apple sekadar mengumumkan integrasi bersama ChatGPT, dan ketika itu, mereka turut memberikan petanda bakal menawarkan integrasi bersama pihak-pihak lain, termasuk Google.

Kini, melalui kod awal yang dilihat pada sistem operasi iOS, Apple dilihat telah mula mengintegrasikan beberapa kod awal memberikan petanda integrasi Google Gemini.

Buat masa ini, pihak Apple sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengan hal ini, dan lebih dilihat pada integrasi kod sahaja. Perkara ini juga tidak memberikan sebarang petanda kita akan melihatnya dalam masa terdekat – apatah lagi dengan pelbagai cabaran dan penangguhan yang dialami Apple dalam arena kecerdasan buatan ini.

Komen