Carian
Shopee Akan Meningkatkan Caj Yuran Komisen Terhadap Penjual Berkuat-kuasa 6 Mac 2025
February 23, 2025 Aman

Shopee sedia meningkatkan yuran komisen jualan terhadap penjual beberapa kali sebelum ini. Terbaru, Shopee mengumumkan penyelerasan semula baharu untuk yuran komisen berkuat-kuasa 6 Mac 2025 kelak.

Caj komisen baharu ini dilihat tidak jauh beza dengan komisen sedia ada. Namun, perubahan dilihat lebih berlaku kepada barangan fesyen dan FMCG.

Shopee mengatakan caj yuran penggunaan platform pasar-jualan mereka akan dikenakan terhadap penjual yang menggunakannya lebih 120 hari. Shopee mengatakan yuran ini digunakan dalam terus menambah baik perkhidmatan dan fungsi platform mereka, selain turut digunakan untuk beberapa program perluasan sokongan pembeli.

Bagi anda yang menjual di Shopee, boleh merujuk berkenaan peningkatan dan penyelarasan semula yuran komisen ini di laman rasmi Shopee hari ini.

Komen