Jikalau anda merancang mendapatkan MacBook Air dalam masa terdekat, mungkin boleh menangguhkan sementara hasrat berkenaan. Mengikut laporan Bloomberg terbaru, Apple kini dalam persediaan untuk melancarkan komputer riba bersaiz nipis dan ringan mereka yang terbaru, MacBook Air dikuasakan cip Apple M4 pada bulan Mac 2025 ini.

Pelancaran dikatakan akan berlaku dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Ia dijangka menjadi peranti terawal dengan cip Apple M4. Spesifikasi lanjut berkenaan Apple M4 juga dijangka dikongsikan dalam masa beberapa minggu akan datang ini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada akan terdapat perubahan lain pada komputer riba berkenaan selain cip yang dikemaskini. Pada hari ini, MacBook Air M3 ditawarkan pada harga bermula RM4999 sementara MacBook Air M2 pula ditawarkan pada harga bermula RM4499.