Carian
LG
LG Melancarkan Speaker AI XBOOM Baharu Dengan Kerjasama Will.I.Am
February 24, 2025 Fahim Zahar

LG tahun lepas mengumumkan kerjasama bersama penyanyi rap terkenal Will.I.Am untuk produk audio baharu. Produk audio ini turut telah diintegrasikan dengan AI dan ia adalah barisan speaker XBOOM baharu – xboom by will.i.am.

Will.I.Am adalah XA iaitu pereka pengalaman untuk LG dan semua barisan produk audio XBOOM tahun 2025 telah ditala oleh penyanyi ini. xboom Bounce, Grab, dan Stage 301 menawarkan pengalaman profil bunyi XBOOM yang diubahsuai oleh penyanyi ini untuk menjadi lebih seimbang, lembut dan mesra. Bukan itu sahaja, Will.I.Am turut menyumbang kepada rekaan produk yang mengambil inspirasi pengalaman beliau dalam memahami orang ramai serta teknologi.

Ketiga-tiga produk ini turut mempunyai integrasi AI Sound, AI Lighting, AI Calibration, dan RAiDiO.FYI. AI Sound adalah ciri yang menganalisa audio dimainkan untuk memberi pengalaman pendengaran terbaik, AI Calibration pula mendengar suasana untuk memastikan audio dapat sampai secara menyeluruh dan AI Lighting pula adalah ciri di mana palang LED pada produk audio bergerak mengikut rentak audio. Akhir sekali adalah teknologi oleh pasukan Will.I.Am sendiri iaitu RAiDiO.FYI yang menawarkan stesen radio dengan hos AI.

LG turut menyertakan ciri Auracast untuk perkongsian audio dengan produk lain atau menjadikan banyak speaker XBOOM sebagai speaker stereo. xboom Bounce adalah speaker mudah alih yang tahan lasak dengan bateri 30 jam dan rekaan yang mudah gantung. xboom Grab pula adalah speaker kompak dengan ciri sama tetapi bateri hanya 20 jam. Kemudin untuk xboom Stage 301 iaitu speaker gergasi untuk audio tahap pentas konsert dengan woofer 6.5-inci, pemandu audio 2.5-inci, masih tahan lasak, serta ada bateri 11 jam terbina.

Akhir sekali adalah TWS xboom Buds. Ia mempunyai bateri 30 jam, turut direka untuk penggunaan tahan lasak, menyokong ANC, Auracast, dan menggunakan rekaan minimal berasaskan cangkuk. Setiap speaker XBOOM baharu dijangka turut akan dijual di Malaysia, namun harga dan tarikh masih tiada lagi.

Komen