Carian
Apple Mematikan Penyulitan Hujung-Ke-Hujung ADP Di UK Demi Keselamatan Pengguna Global
February 24, 2025 Effi Saharudin

Sistem Advanced Data Protection (ADP) diperkenalkan oleh Apple pada tahun 2022 untuk menyulitkan data yang disandarkan ke iCloud secara hujung-ke-hujung (E2E). Menerusinya sekiranya data di iCloud dicuri sekalipun, gambar, nota, dan pelbagai lagi kandungan milik pengguna tidak akan dapat dibaca. Namun begitu minggu lalu ADP telah dimatikan untuk pengguna di United Kingdom demi keselamatan pengguna global.

Kerajaan UK meminta Apple menghasilkan pintu belakang untuk sistem ADP bagi membolehkan data pengguna di negara tersebut diintip bagi tujuan keselamatan. Apple enggan mematuhi arahan yang diberikan ini kerana ia mewujudkan risiko kepada semua pengguna produk mereka sekiranya pintu belakang berjaya diakses oleh penggodam. Oleh sebab itu ADP kini dimatikan di seluruh UK tidak kira sama ada pada pengguna lama ataupun baru.

Berita baik bagi pengguna produk Apple di UK ialah data iCloud Keychain, Health, iMessage, dan FaceTime masuh lagi menyokong E2E. Yang terjejas sejak Jumaat lalu ialah sandaran iCloud Backup, iCloud Drive, Photos, Notes, Reminders, penanda laman Safari , Siri Shortcuts, Voice Memo, Freeform dan pas yang disimpan di dalam Wallet.

Komen