Selepas bertahun-tahun penyelidikan dan pembangunan yang teliti, G-Shock kini memperkenalkan siri ‘Tough Silicone’ yang terkini. Koleksi ini terdiri daripada empat variasi menarik iaitu GM-5600YM, GM-5600YMG, GM-2100YM, dan GM-2100YMG. Selain itu mencerminkan komitmen G-Shock terhadap ketahanan dan gaya yang luar biasa.

Setiap jam dalam koleksi ini dilengkapi dengan tali silikon yang tidak hanya menawarkan ketahanan yang tinggi tetapi juga kelenturan dan keselesaan yang lebih baik di pergelangan tangan pemakai. Ia juga kukuh dengan bezel logam tahan lasak yang memberikan penampilan kemas. Bahagian resin yang diperkuatkan dengan gentian kaca, serta bezel keluli tahan karat yang dipotong dan digilap dengan kemasan akhir yang meningkatkan tekstur, turut memberikan daya tarikan tambahan pada jam tangan ini.


Terdapat juga ciri-ciri standard lain seperti penggera harian, lampu LED (Super Illuminator), jam randik 1/100 saat, kebolehan dibawa menyelam sehingga 200 meter, kalendar automatik, paparan tarikh dan penunjuk hari turut diberikan. Siri G-STEEL Fine Metallic ini dijual dengan harga RM1,175 (Casio GM-5600YM), RM1,295 (GM-2100YM), RM1,345 (GM-5600YMG) dan RM1,475 (GM-2100YMG). Bagi yang berminat boleh mendapatkan kesemuanya melalui pengedar rasmi Casio Malaysia.