Carian
Semaglutide Juga Boleh Mengurangkan Ketagihan Kokain
February 24, 2025 Effi Saharudin

Horman glucagon-like peptide 1 (GLP-1) adalah berkesan dalam mengawal pelepasan insulin dan mengurangkan selera makan. Ia dipasarkan sebagai Semaglutide, Ozempic dan Wegovy sebagai rawatan kencing manis tetapi lebih dikenali sebagai ubat untuk mengurangkan berat bada. Kajian terbaru penyelidik dari University of Palermo mendapati Semaglutide juga boleh digunakan untuk mengurangkan ketagihan kokain.

Semaglutide diberikan kepada seorang penagih kokain yang menggunakan dadah ini untuk mengurangkan berat badan. Penyelidik memberikan Semaglutide kepada beliau dan selepas 12 minggu pengurangan 12% berat badan berjaya dicapai. Dalam ujian ketagihan pula, perasaan gian mengambil kokain berkurangan sehingga 59%.

GLP-1 kini menjadi ubat ajaib dengan ia turut boleh mengurangkan ketagihan alkohol dalam kajian dari tahun 2023. Tetapi impak jangka panjang ubat ini masih lagi belum diketahui dengan antara impak negatif yang telah dikesan ialah menyebabkan risiko buta, kebocoran usus dan pengurangan otot jantung.

Komen