Carian
Robot Neo Gamma Ingin Menggantikan Pembantu Rumah Manusia
February 24, 2025 Effi Saharudin

Adakah anda benci melakukan kerja-kerja rumah? Pembantu rumah manusia pula hanya boleh datang ke rumah ketika anda di pejabat. Penyelesaian kepada isu ini menurut syarikat 1X dari Norway ialah robot Neo Gamma. Robot ini mempunyai tubuh yang diperbuat daripada kain nilon yang menurut 1X mengelakkan kecederaan sekiranya manusia berlanggar dengannya di rumah.

Dalam video yang diterbitkan di atas, Neo Gamma boleh melakukan tugasan remeh seperti menggunakan mesin hampagas membersihkan lantai rumah, menjadi pelayan ketika manusia di rumah, membersihkan tingkap dan membantu mengangkat barangan yang dibeli di pasar aya. Neo Gamma ialah model terkini ditawarkan oleh 1X yang sebelum ini memperlihatkan Neo Beta dengan kemampuan yang sama.

Perbezaan antara kedua-dua model ialah Neo Gamma beroperasi dengan lebih senyap dan lebih tahan lasak. Tiada maklumat mengenai hayat operasi bateri dan juga kemampuan lain yang boleh dilakukannya di rumah. Walaupun Neo Gamma telah diperlihatkan, ia masih lagi sebuah robot yang sedang diuji maka belum bersedia ditawarkan sebagai produk komersial.

Komen