Selepas lebih 15 tahun, akhirnya Apple akan memberi akses Find My kepada pengguna produk mereka di Korea Selatan. Sejak tahun 2009, Apple telah meminta kebenaran untuk mengaktifkan ciri ini di Korea Selatan namun hanya dengan kemas kini beta iOS 18.4 baru ia diaktifkan.

Kemas kini iOS 18.4 baru diedarkan untuk pembangun dan ia membawakan banyak ciri yang lebih menarik. Misalnya adalah ciri Apple Intelligence yang lebih bagus dan stabil, ciri baharu pada Action Button, ciri keselamatan yang lebih terjamin dan banyak lagi. Bermula dengan kemas kini iOS 18.4 yang dijangka akan diedarkan secara meluas pada bulan April nanti akan membenarkan pengguna produk Apple di Korea Selatan menggunakan Find My.
Dengan Find My, pengguna boleh mencari peranti yang hilang atau sekurang-kurangnya jika tidak ditemui peranti boleh dikunci agar data peribadi tidak diceroboh. Pengaktifan ciri ini di Korea turut membenarkan pelancong Malaysia jika bercuti di sana mencari peranti Apple yang hilang. Cuma sehingga hari ini, misteri kenapa Apple tidak memberikan ciri ini pada awalnya masih menjadi misteri.