Xiaomi Malaysia kini mengacah kehadiran penyaman udara pintar baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Mijia Air Conditiioner Pro Eco. Xiaomi mengatakan ia bakal dilancarkan secara rasminya untuk pasaran tempatan pada 2 Mac 2025 ini.
Penyaman udara ini bakal ditawarkan dengan pilihan 1.0HP Inverter dan juga 1.5HP Inverter. Harga jualan untuknya masih tidak diketahui lagi. Penyaman udara ini boleh digunakan bersama Xiaomi Home dalam memudahkan pengguna mengawalnya menggunakan telefon pintar.

Selain Xiaomi, beberapa jenama lain juga memfokuskan pemasaran penyaman udara pintar kebelakangan ini. Dengan lebih ramai menyasarkan fokus terhadap rumah pintar, penyaman udara memainkan antara peranan utama, membuatkan pelbagai pengeluar berlumba penawarannya – selain televisyen dan lain-lain.