Kurang tiga hari lagi, Xiaomi bakal memperkenalkan generasi baharu komputer riba miliknya iaitu Redmi Book Pro 16 2025 sekali gus menggantikan generasi terdahulu. Berdasarkan makluman sedia ada, ia juga akan menjadi majlis pelancaran untuk telefon mercu baharu Xiaomi 15 Ultra, pada masa yang sama boleh menampilkan beberapa lagi produk terkini keluaran mereka yang lain.


Komputer riba baharu berkenaan juga dijangka masih mengekalkan rekaan yang kompak dan premium. Pada masa yang sama mempunyai Enjin Xiaomi AIPC, yang menyokong pemindahan fail antara peranti Apple dengan lancar, serta bantu mengoptimumkan sistem pintar.
Komputer riba juga dijangka hadir dalam sekurang-kurangnya dua pilihan warna sama ada putih dan biru, sambil menawarkan paparan bezel yang nipis. Xiaomi meletakkannya sebagai komputer riba berprestasi tinggi melalui CPU Intel Core Ultra dengan hayat bateri lebih baik.