Carian
Samsung Malaysia Mengacah Kehadiran Siri Galaxy A Baharu
February 24, 2025 Amy Maizuraa

Samsung Malaysia baru sahaja berkongsi video promosi pendek untuk telefon baharu dalam siri Galaxy A. Walaupun video tersebut tidak memberikan butiran terperinci, ia dipercayai merujuk kepada pelancaran model Samsung Galaxy A56. Nama model ini juga boleh dilihat dengan jelas melalui pautan yang disediakan.

Memetik maklumat tertiris, Galaxy A56 dijangka hadir dengan cip Exynos 1580, skrin AMOLED 6.7 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, dan kamera utama 50MP. Selain itu, telefon pintar baharu ini mungkin mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W.

Bagaimanapun, semua maklumat ini hanya sekadar spekulasi semata, dan perubahan mungkin berlaku semasa pelancaran rasmi kelak. Untuk butiran lebih tepat sama-sama kita perlu nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Samsung Malaysia. 

Dalam pada itu, anda turut boleh mendapatkan e-baucar percuma bernilai RM100 untuk peranti baharu ini dengan membuat bayaran hanya RM10. Bagaimanapun tawaran ini adalah untuk masa terhad sahaja.

Komen