Perplexity, salah satu firma memfokuskan kecerdasan buatan, dan terkenal dengan penawaran sebagai “enjin carian dikuasakan AI”, kini mengacah bakal memperkenalkan pelayar web mereak tersendiri, dinamakan Comet.
Pihak Perplexity mengatakan mereka bakal merevolusi semula penawaran pelayar web melalui Comet ini. Menurut Perplexity, pelayar web ini akan dilengkapi sokongan ejen carian, dan kita mungkin menyaksikan integrasi kecerdasan buatan dalam melakukan sejumlah tugasan menggunakannya.
Maklumat lanjut berkaitan pelayar web ini masih tidak diketahui lagi. Dengan telah mula mengacahnya, kita mungkin melihat penawaran pelayar web ini kepada umum dalam masa terdekat ini.