Carian
ShopeePay Akan Menamatkan Sokongan DuitNow Transfer Guna ID Berkuat-kuasa 19 Mac 2025
February 25, 2025 Aman

Shopee kini telah mula memaklumkan para pengguna tempatan berkenaan perubahan pada ShopeePay. Berkuat-kuasa 19 Mac 2025, pengguna tidak lagi boleh melakukan pemindahan DuitNow Transfer menggunakan ID melalui ShopeePay.

Untuk makluman, pada hari ini ShopeePay menyokong pemindahan wang menggunakan DuitNow Transfer, dimana pengguna boleh memasukkan data seperti nombor telefon, MyKad, atau nombor pendaftaran perniagaan. Sebab disebalik penamatan ini tidak dinyatakan. Pemindahan DuitNow Transfer guna nombor akaun masih disokong buat masa ini.

ShopeePay mengatakan mereka akan terus menyokong DuitNow QR buat masa ini, disamping turut membolehkan pengguna melakukan pemindahan menggunakan ShopeePay.

Komen