Carian
Shargeek 140 Dan Sharge Pouch Kini Di Malaysia – Berharga RM899
February 25, 2025 • Amy Maizuraa

Shargee baru sahaja melancarkan powerbank Shargeek 140 baharu di Malaysia. Powerbank ini menampilkan rekabentuk lutcahaya yang membolehkan pengguna melihat komponen dalaman sekali gus memberi rupa yang unik. Terdapat dua pilihan warna menarik untuk dipilih sama ada Explorer Black atau Polar White. Dari segi spesifikasi, powerbank ini menawarkan kapasiti bateri sebesar 20,000mAh dengan kuasa output maksimum 140W. Ia juga boleh mengecas dua peranti serentak, namun dengan satu peranti menerima kuasa sehingga 100W dan satu lagi peranti menerima 40W.

Selain daripada itu, Shargee juga memperkenalkan SHARGE Pouch di Malaysia. Ia merupakan aksesori 3-dalam-1 yang menggabungkan powerbank, pengecas, dan kabel dalam satu pakej yang mudah dibawa. Powerbank ini mempunyai kapasiti bateri 10,000mAh dan menyokong pengecasan pantas sehingga 55W melalui standard OPPO SuperVOOC, atau 40W menggunakan PD. SHARGE Pouch juga dilengkapi dengan kabel USB-C yang juga boleh berfungsi sebagai tali pengikat, serta palam pengecas yang boleh disambungkan ke soket dinding. Shargee juga menyediakan penyesuai bagi memastikannya boleh digunakan di pelbagai negara.

Bagi yang berminat, kedua-dua produk baharu ini dijual pada harga RM899. Shargee turut menawarkan diskaun sebanyak RM300 jika anda membelinya diantara 24 Februari dan 5 April  menjadikan ia boleh didapati pada harga promosi RM599 sahaja.

Komen