Cari @ Amanz

Microsoft Office Versi Percuma Dilancarkan Dengan Sokongan Iklan

Link Copied!

Microsoft Office ialah perisian yang penting bagi golongan pelajar dan pekerja. Namun begitu langganan bulanan yang ditawarkan oleh Microsoft mungkin agak mahal bagi mereka yang kurang berkemampuan. Oleh itu Microsoft Office versi percuma telah dilancarkan tanpa disedari sehinggalah ia dilaporkan oleh laman Beebom. Versi ini boleh digunakan secara percuma dengan ia disokong oleh paparan iklan.

Iklan akan dipaparkan di bahagian sisi sepanjang masa dalam bentuk grafik statik dan video 15 saat. Perisian yang boleh diakses ialah Words, Excel dan PowerPoint sahaja. Namun begitu Office versi percuma mempunyai beberapa kekurangan. Beberapa ciri seperti Add-In, sunting imej lebih menyeluruh, analisa data dan macro misalnya tidak boleh diakses. Hanya suntingan asas sahaja disokong pada ketika ini. Fail yang dihasilkan juga hanya boleh disimpan ke OneDrive dengan storan 5GB tanpa pilihan menyimpannya di komputer peribadi.

Untuk menggunakan ciri ini anda boleh memuat turun Microsoft Office daripada laman rasmi. Kemudian pilih untuk tidak mendaftar masuk akaun Microsoft selepas aplikasi dipasang. Kemudian pilihan menggunakan Office secara percuma akan diberikan. Harus dinyatakan ciri ini hanya boleh digunakan pada komputer Windows sahaja ketika artikel ditulis.


Komen ()