Carian
Anda Kini Boleh Mencari Transkrip Video Terus Daripada Google Drive
February 25, 2025 Fahim Zahar

Tahun lepas, Google Drive telah menambah ciri AI berguna di mana video yang dimuat naik boleh menjana transkrip. Ini memudahkan pengguna untuk mencari detik penting dengan hanya membaca dan bukan tonton video penuh untuk rujukan. Terbaru, Google kini membenarkan pengguna mencari transkrip pula.

Kemas kini baharu ini menambah satu ciri di mana, transkrip yang dijana kini dipaparkan dalam bar sisi baharu. Selepas butang transkrip ditekan, semua teks yang dinyalakan boleh ditekan untuk pergi ke detik video yang spesifik. Pengguna turut boleh melakukan carian adegan spesifik dengan hanya mencari dengan kata kunci.

Ciri ini diedarkan kepada semua pengguna bermula semalam, 24 Februari dan akan dapat menggunakannya secara berperingkat sehingga 26 Mac akan datang.

Komen