Carian
Google Dilaporkan Merendahkan Prestasi Peranti Demo Pixel 9 Agar Jualan Pixel 9 Pro Lebih Laris
February 25, 2025 Fahim Zahar

Google Pixel adalah peranti yang cukup popular kerana menawarkan banyak ciri Android yang eksklusif. Namun, selepas bekerjasama dengan Samsung dan peranti Galaxy yang banyak menerima ciri menarik terlebih dahulu – peranti Samsung dilihat adalah alternatif Pixel terbaik. Ini mungkin mendorong kepada jualan Pixel 9 yang dilaporkan semakin merosot berbanding generasi lepas.

Terbaru, Google dilaporkan mempunyai strategi baharu dalam melariskan jualan Pixel 9. Unit demo Pixel 9 di kedai fizikal dilaporkan telah direndahkan prestasinya. Walaupun skrin ditetapkan kepada kadar 120Hz, ia masih rasa seakan 60Hz atau lebih perlahan. Ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai membeli Pixel 9 Pro atau Pixel 9 Pro XL yang lebih mahal kerana unit demo tiada masalah prestasi dengan mod skrin 120Hz.

Walau bagaimanapun ini hanyalah spekulasi, kerana ia tidak berlaku di Google Store sahaja tetapi juga di kedai fizikal lain yang menjual Pixel secara rasmi. Saya masih tidak melihat perkara ini berlaku di kedai Maxis atau CelcomDigi ketika baru-baru ini singgah ke sana. Adakah anda pernah mengalami perkara ini ketika mencuba Google Pixel 9 di kedai fizikal?

Komen