Bermula 12 Mei Ini, Iklan Di YouTube Tidak Lagi Mengganggu Pengalaman Menonton
Fahim Zahar
Apa yang membuatkan saya sanggup membayar YouTube Premium adalah kerana gangguan iklan yang semakin melampau. Terbaru, Google mula menyedari yang iklan yang mereka sajikan mengganggu dan orang ramai mula marah lagi-lagi apabila penghalang iklan digunakan. Akan datang, paparan iklan YouTube tidak lagi akan mengganggu pengalaman menonton.

Bermula 12 Mei nanti, YouTube akan memastikan iklan yang disajikan di tengah-tengah video bukan ketika hos sedang bercakap atau detik yang penting. Ini akan memberi pengguna pengalaman menonton lebih menarik dengan iklan hanya muncul apabila video dijeda atau ketika ada peralihan antara adegan. Ciri ini dikatakan akan diaktifkan untuk semua pengguna dan turut akan memberi kesan kepada pemilik saluran YouTube.
Pemilik saluran YouTube boleh memilih untuk paparan iklan automatik yang ditentukan oleh sistem atau memilih sendiri bila iklan akan muncul. Dengan kemas kini ini, video yang sedang seronok ditonton tidak lagi akan tergantung kerana ada iklan. Pada masa yang sama, turut cuba elakkan penggunaan palam penghalang iklan kerana jika ada iklan mungkin menjadi berjam lamanya.
[sumber] YouTube [/sumber]