Jika anda sudah penat dengan hasil carian Google, tidak mempercayai dengan hasil carian Bing dan tidak menggemari ciri carian pada DuckDuckGo, tetapi menggemari ChatGPT Search – kemas kini baharu ini akan memudahkan lagi hidup anda.

Kini di iPhone, jika anda menggunakan pelayar web Safari anda boleh menjadikan ChatGPT Search sebagai seakan enjin carian lalai. Untuk menggunakannya, ChatGPT kini menyediakan pemalam carian untuk Safari. Selepas aplikasi dikemaskini dan pemalam diaktifkan pada Safari, setiap carian yang dilakukan akan terus membuka laman ChatGPT Search.
Diharapkan di masa akan datang, ChatGPT Search boleh terus menjadi pilihan selain Google Search. Kalau Apple Intelligence ada pilihan ChatGPT atau Gemini, kenapa tidak pada Safari?