Carian
Indonesia Dilaporkan Akhirnya Bersetuju Membenarkan iPhone 16 Dijual Secara Rasmi
February 25, 2025 Effi Saharudin

Selepas beberapa pertemuan dilakukan antara wakil Apple dan kerajaan Indonesia, iPhone 16 kini akhirnya akan boleh dijual secara rasmi di negara tersebut. Menurut laporan Bloomberg, Indonesia bersetuju menerima tawaran pelaburan $1 bilion oleh Apple dalam bentuk kilang pemasangan AirTag dan juga memberikan latihan kepada rakyat. Perjanjian rasmi antara Indonesia dan Apple akan ditandatangani dalam masa terdekat.

Walaupun siri iPhone 16 telah dilancarkan September tahun lalu, Indonesia enggan membenarkan penjualan secara rasmi kerana Apple tidak memenuhi keperluan 40% peranti mengandungi produk buatan tempatan. Selain pembinaan kilang pemasangan AirTag, Apple akan memberikan membuka pusat kajian dan pembangunan di Indonesia bagi membolehkan rakyat negara membangunkan perisian dan produk mereka. Latihan ini akan diberikan di luar pusat pembangunan Apple yang ditubuhkan sebelum ini.

Apple melakukan pelaburan besar di Indonesia kerana ia merupakan pasaran telefon pintar keempat terbesar di dunia. Dengan jualan iPhone yang semakin menyusut, penawaran produk mereka secara rasmi di negara dengan lebih 281 juta penduduk ini adalah penting bagi Apple.

Komen