Carian
Adobe Memperkenalkan Aplikasi Photoshop Untuk iPhone
February 25, 2025 Aman

Adobe sebelum ini sedia menawarkan aplikasi penyuntingan Photoshop untuk iPad. Hari ini, mereka turut mengemaskini aplikasi iOS berkenaan, sekaligus turut menambah sokongan untuk boleh digunakan pada pelbagai iPhone.

Melalui aplikasi Photoshop ini, pengguna dengan mudah boleh melakukan penyuntingan pada telefon pintar mereka, tanpa perlu mengakses desktop. Sejumlah ciri percuma terhad ditawarkan, dan pengguna yang mempunyai langganan boleh log masuk dan mengakses penuh pelbagai ciri penyuntingan yang disediakan.

Penawaran aplikasi iPhone dijangka akan membolehkan lebih ramai pengguna menggunakan penawaran mereka, sekaligus menjadi pengguna setia sehingga ke peringkat desktop. Ini juga memastikan Adobe terus bersaing dengan pelbagai penawaran lain, termasuk Canva.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Photoshop untuk iPhone di AppStore. Versi untuk Android akan hadir kelak pada tahun ini.

Komen